Sunday, August 15, 2010

ISL 5 - Jenis Penilaian Bahasa

Pengenalan Ujian Formatif dan Sumatif

Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.


Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa


Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif



Ujian Formatif

Perbezaan

Ujian Sumatif

1. maklum balas kepada pelajar dan guru : kemajuan & kelemahan

Fungsi

1. pensijilan atau pengredan

2. Sepanjang pengajaran

Masa

2. Pada akhir unit/kursus

3. Kognitif, Psikomotor, Efektif

Penekanan

3. Kognitif

4. Terhad kepada tugasan

Sifat

4. Beraneka Jenis

5. Berubah-ubah

Kesukaran

5. Senang - Susah

6. Dibentuk Khas

Alat

6. Peperiksaan akhir tahun

7. Rujukan Khas

Jenis Rujukan

7. Rujukan Norma



Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan

· Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

· Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.

· Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

· Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

· Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.


Nota tambahan

Ujian Bakat

· Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi
unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui
ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur
sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu
bahasa dengan cepat.


Ujian Pencapaian

· Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya
sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set
ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.


Ujian Kefasihan

· Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.

ISL 4 - Pembinaan Ujian

Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar- pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.


Jenis-jenis Ujian

Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.


Ujian Objektif

· Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.


Item Respons Bebas

i. Jenis soalan:

contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)


ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:

a) Kita mesti_______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.

b) Saya terpaksa________ adik saya kerana emak saya bekerja.


Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.


Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).Ada ketika guru menggunakan setuju (S)atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.


Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan



KATA BILANGAN

CONTOH

1. Kata Adjektif Sifatan

A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini

2. Kata Adjektif Pancaindera

B. Budak baik selalu dipuji

3. Kata Adjektif Bentuk

C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup

4. Kata Adjektif Perasaan

D. Dia amat rindu akan emaknya.



Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

b. Jenis jawapan terbaik

c. Analogi


Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz

· Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.


Soalan Subjektif

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

a. Item Jenis Struktur

b. Item Jenis Esei

c. Pembinaan Ujian


Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesalahan Isi

b. Kesahan Ramalan

c. Kesahan Serentak

d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian

a. Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.


Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.