Monday, October 25, 2010

MINGGU 7 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Kontrak Pembelajaran

Perjanjian Pembelajaran
Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan)
Dibuat secara bertulis
Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
Kriteria ditetapkan oleh guru
Kriteria-kriteria yang berkaitan
Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut
Fungsi
Pelajar mengenal pasti & merekod
Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
Kenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat atau tugasan dinilai
Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing
Hasilkan kerja yang terancang
Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan
Bagaimana ia digunakan?
Penilaian objektif tugasan
Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai
Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana-mana yang paling sesuai
Hasil pembelajaran
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dan sebagainya.
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru
Penilaian
Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu
Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya
Format / bentuk
Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat
Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi
Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas
Rumusan
¢ KP melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.
¢ Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.
¢ Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.
Soal Jawab
¢ Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
¢ Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
¢ Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
¢ Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
¢ Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

No comments:

Post a Comment