Monday, October 25, 2010

MINGGU 8 - KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Projek

Pengenalan
Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Dalam konteks sekolah, projek bermaksud dilakukan secara amali.
Tugasan dijalankan secara individu atau kumpulan.
Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil disediakan.
Interaksi di antara guru , rakan sebaya dan pihak lain adalah sangat penting.
Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan.
Tujuan
Menggalakkan pelajar bekerjasama.
Murid berpeluang untuk menunjukkan kreativiti
Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
Memberi peluang pelajar untuk memimpin,
Memberi suatu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu berbincang.
Garis panduan laporan projek
Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topic.
Tentukan kriteria penilaian.
Elakkan perkara yang terlalu abstrak.Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
Guna contoh yang sesuai.
Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.
Langkah menjalankan projek
Penentuan tajuk dan skop
Penilaian awal projek
Pelaksanaan strategi
Pemprosesan maklumat
Penilaian hasil projek

No comments:

Post a Comment