Pengenalan Ujian Formatif dan Sumatif
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif | Perbezaan | Ujian Sumatif |
1. maklum balas kepada pelajar dan guru : kemajuan & kelemahan | Fungsi | 1. pensijilan atau pengredan |
2. Sepanjang pengajaran | Masa | 2. Pada akhir unit/kursus |
3. Kognitif, Psikomotor, Efektif | Penekanan | 3. Kognitif |
4. Terhad kepada tugasan | Sifat | 4. Beraneka Jenis |
5. Berubah-ubah | Kesukaran | 5. Senang - Susah |
6. Dibentuk Khas | Alat | 6. Peperiksaan akhir tahun |
7. Rujukan Khas | Jenis Rujukan | 7. Rujukan Norma |
Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan
· Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.
· Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
· Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
· Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
· Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Nota tambahan
Ujian Bakat
· Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi
unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui
ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur
sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu
bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian
· Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya
sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set
ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
· Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
No comments:
Post a Comment