Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
a. Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
b. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
c. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
d. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
e. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepentingan JSU
i. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
ii. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
iii. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
iv. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
v. Memberikan panduan untuk membentuk format ujian
Langkah-langkah Membina JSU
Langkah I: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
i. soalan objektif (30 soalan)
ii. 1 markah bagi 1 item
iii. jumlah soalan bagi setiap topik dikira
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
i. Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
ii. Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
i. Ujian objektif
ii. Ujian struktur
Langkah V:
i. Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
ii. Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
iii. Pemarkahan
Langkah VI:
i. Nyatakan mata pelajaran
ii. Nyatakan tingkatan
iii. Susunan nombor soalan mengikut tajuk
urm...boleh2 bagus2..boleh perbaiki lg hehee
ReplyDelete