Friday, July 2, 2010

ISL 1- Konsep Pentaksiran, Pengujian & Penilaian

Pentaksiran
  • Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi
  • Satu sistem yang mengetahui tahap-tahap pencapaian seseorang yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu lemah, sederhana dan cemerlang.
  • Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktivit mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretsi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi semua tujuan.
  • Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
    1. Instrumen
    2. Kumpulan yang ditaksir
    3. Respon
    4. Kumpulan yang menaksir
    5. Skor


Pengujian
  • Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, pengujian didefinisikan sebagai pengujian perihal menguji, pemeriksaan;
  • Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
  • Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.
  • Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.
  • Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
  • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)




Penilaian
  • Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya.
  • Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.
  • Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membua pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
  • Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
  • Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

No comments:

Post a Comment