- Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
- Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
- Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
- Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
- Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
- Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
- Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
- Menilai secara sumatif pembelajaran.
- Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.
Ciri-ciri Portfolio
- Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
- Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
- Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
- Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
- Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
- Portfolio Kerja Harian
- Portfolio Hasil Terbaik
- Portfolio Dokumen
Bagaimana Menilai Portfolio?
- Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
- Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
-
- Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
- Sesebuah portfolio mengandungi:
- Senarai semak yang disediakan oleh guru
- Nota-nota yang disediakan oleh guru
- Catatan jurnal
- Buku log
- Refleksi kendiri murid
- Gambar dan foto
Kebaikan Penilaian Portfolio
- Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
- Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
- Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
- Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
Penilaian Melalui Pemerhatian.
- Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
- Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
- Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
- Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
6.5.2 Strategi Pemerhatian
- Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
- Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
- Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
- Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.
Antaranya ialah:
- Kualiti Pemerhatian
- Bentuk Perancangan
- Jenis-jenis Pemerhatian
Fungsi Pemerhatian
- Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
- Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
- Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.
Rumusan.